18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

25 Ogos, 2009

Peperiksaan Pra Upsr 2009


Semua murid tahun 6 telah menjalani ujian ini yang bermula pada Ahad lalu, 23 Ogos dan tamat pada hari ini, 25 Ogos 09. Ujian ini bertujuan mempersiapkan calon UPSR sekolah dengan soalan-soalan yang mencabar dan membuat refleksi kendiri dimana tahap mereka berada. Markah ujian ini akan dihantar ke PPD oleh S/U Kecemerlangan sekolah, Puan Noor Bani bt Yusoff.  


Semoga sekolah kita mendapat kejayaan yang lebih cemerlang.


Selamat Bercuti kepada warga SKSYP2

Cuti sekolah pertengahan penggal kedua telah bermula pada 21 Ogos 09. Cuti ini agak istimewa kerana semua umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadan 1430H. Selamat berpuasa diycapkan kepada semua.


Kepada semua murid diminta tidak melakukan perkara yang merbahaya seperti bermain mercun, menunggang basikal/motosikal dengan melulu untuk mengelakkan bencana yang lebih besar menimpa.Ingatlah orang yang tersayang.

MAJLIS SOLAT HAJAT H1N1&UPSR 2009


Majlis ini telah diadakan pada hari Rabu malam Khamis 19 Ogos 2009.
Majlis ini telah dihadiri oleh ibubapa, guru dan murid tahun 6. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Ustaz Hadi dari PPD Kuala Krai.


Majlis solat hajat ini dimulakan dengan solat maghrib diikuti dengan bacaan Yassin dan tahlil. Sesudah solat isyak , solat hajat memohon dijauhkan bala H1N1 dan memohon restu dab rahmat kepada murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada 8,9 dan 10 September ini. Solat hajat ini telah dimamkan oleh Sahibul Samahah Al Ustaz Al Nawawi, ustaz JqAF sekolah ini. Sesudah majlis ini, semua hadirin telah dijamu dengan nasi kerabu yang enak oleh pihak kantin sekolah. Majlis bersurai lebih kurang jam 945 malam. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

02 Ogos, 2009

KURSUS APLIKASI EMAIL & BLOG 09

Kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru SKSYP2 tentang penggunaan e-mel dan blog.

Penceramah : Tuan Haji Nordin b Adam
Tempat : Makmal komputer
Tarikh : 23 Mei 2009

Galeri Gambar




























Selamat Bersara Puan Fatimah.. Jasamu dikenang

Pihak sekolah mengucapkan selamat bersara kepada Puan Fatimah binti Dollah, PK Pentadbiran pada 29 Julai 2009. Setelah berkhidmat selama lebih 28 tahun sebagai seoarng guru, tibalah masa untuk beliau menikmati masa rehat dengan keluarga.
Semoga kehidupan beliau akan lebih berbahagia disamping anak dan cucunya. Selamat maju jaya diucapkan kepada beliau.