18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

06 Februari, 2011

Sekolah Rendah


Pengenalan Sekolah Rendah
Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah rendah ketika berumur tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan kesinambungan kepada pendidikan prasekolah.

Selain daripada membaca menulis dan mengira, mereka akan didedahkan kepada subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral.

Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, mereka akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).


Kategori Sekolah Kebangsaan

Sekolah Kebangsaan
i.              Sekolah Rendah Kebangsaan
a.     SK
b.    SJKC
c.     SJKT
PERTUKARAN ALIRAN BAHASA PENGHANTAR MURID SEKOLAH RENDAH
1.         PENYATAAN DASAR
Pertukaran aliran bahasa pengantar adalah berdasarkan permohonan pertukaran murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) atau sebaliknya. Amalan pertukaran aliran bahasa pengantar ini adalah tidak digalakkan kerana boleh menjejaskan proses pembelajaran murid.
2.         TUJUAN
2.1        Bagi menggalakkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka belajar dalam aliran kebangsaan di peringkat sekolah rendah serta memudahkan ibu bapa mendapat kelulusan pertukaran aliran bahasa pengantar anak-anak mereka.
3.         PELAKSANAAN DASAR
           
3.1        Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1989 bertarikh 1 Jun 1989 : Berkaitan dengan tatacara memberi kelulusan kepada pemohon untuk pertukaran aliran bahasa pengantar murid sekolah rendah. Pengarah Pendidikan Negeri dibenarkan memberi kelulusan bagi permohonan yang memenuhi syarat.
3.2        Berdasarkan minit mesyuarat Pengurusan Profesional Mingguan 6/98 bertarikh 23 Jun 1998
4.         KAEDAH PELAKSANAAN
4.1        Pemohon perlu mengisi borang permohonan yang boleh didapati di sekolah murid bersekolah dan di hantar melalui Guru Besar..
4.2        Setiap permohonan yang lengkap hendaklah diproses oleh Jabatan Pelajaran Negeri terlebih dahulu sebelum dipanjangkan ke Kementerian Pelajaran Malaysia untuk pertimbangan.
4.3        Permohonan perlu mempunyai alasan yang kukuh berserta dokumen sokongan yang berkaitan.
4.4        Kriteria kelulusan permohonan;
4.4.1     Permohonan daripada murid-murid TAHUN SATU mana-mana aliran bahasa pengantar.



PENGECUALIAN DARIPADA MENGIKUTI PENDIDIKAN WAJIB
 (HOME SCHOOLING)
1.             PENYATAAN DASAR
Home Schooling adalah merupakan satu kaedah persekolahan di rumah yang diberikan kepada ibu bapa yang memerlukannya seperti mempunyai masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh pihak penjaga. Namun demikian ianya hanyalah satu keistemewaan dan bukannya hak. Persekolahan biasa adalah diutamakan kepada kanak-kanak kerana ianya merupakan satu cara untuk kanak-kanak dapat berinteraksi di antara satu sama lain.
2.             TUJUAN
2.1        Memberi peluang kepada kanak-kanak yang menhadapi masalah kesihatan yang kronik dan memerlukam penjagaan yang rapi oleh ibu bapa untuk mendapat pendidikan formal di rumah.
2.2        Memastikan tidak berlaku keciciran kepada kanak-kanak untuk memperolehi pendidikan wajib seperti dalam Akta Pendidikan 1996.
2.3        Mendidik ibu bapa supaya menjalankan tanggungjawab mereka untuk menyekolahkan anak.
3.             PELAKSANAAN DASAR
            3.1        Akta Pendidikan (Pindaan) 2002
Subseksyen 29A (2) Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 memperuntukkan Menteri boleh, “Jika difikirkan wajar dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian”, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana murid atau mana-mana golongan murid yang dikehendaki supaya mengikuti pendidikan wajib, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya dan patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau membatalkan atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu.
3.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002 : Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003 bertarikh 27 November 2002.
3.3 Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah Tahun 2003.
4.             KAEDAH PELAKSANAAN
4.1        Permohonan Home Schooling boleh dibuat di mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri di seluruh negara menggunakan borang yang telah disediakan. Permohonan ini akan di hantar ke Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang berkaitan untuk diproses dan diberikan kelulusan khas. Setakat ini hanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh pihak penjaga adalah diutamakan untuk tujuan kelulusan. Semua syarat-syarat untuk tujuan permohonan ini ada dinyatakan di dalam borang yang boleh didapati secara percuma di semua Jabatan Pelajaran Negeri di seluruh Negara.
4.2        Kes permohonan pengecualian daripada mengikuti pendidikan wajib dan menjalankan persekolahan di rumah (Home Schooling) dirujuk kepada KPPM untuk mendapat ulasan dan kemudiannya diangkat kepada YB Menteri Pendidikan untuk mendapatkan keputusan.
4.3        Secara amnya syarat tersebut adalah seperti
            berikut:
4.3.1     Pemohon hendaklah terdiri daripada
             warganegara Malaysia
4.3.2     Pemohon mestilah memiliki
            kelulusan ikthisas perguruan
4.3.3     Salah seorang ibu bapa mestilah berkesanggupan untuk menjadi pengajar kepada kanak-kanak tersebut secara sepenuh masa di rumah
4.3.4     Adalah diwajibkan untuk
            menggunakan kurikulum kebangsaan
4.3.5     Berkemampuan untuk menyediakan prasrana pendidikan yang kondusif dan sempurna untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
4.3.6     Lawatan ke rumah pemohon akan dibuat untuk tujuan lawatan tapak kesesuaian prasarana pendidikan oleh pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia , Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah
4.3.7     Pemohon membenarkan Pegawai daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk melawat rumah pada bila-bila masa hari persekolahan untuk tujuan pemantauan proses Pengajaran & Pembelajaran tanpa prasangka.
4.3.8     Kanak-kanak yang menjalankan Home Schooling tidak dibenarkan sama sekali untuk menghadiri mana-mana persekolahan secara tiusyen harian sama ada swasta atau kerajaan
4.3.9     Sekiranya didapati pemohon melanggar syarat-syarat yang terkandung dalam kelulusan yang diberikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia maka pihak Kementerian Pelajaran Malaysia berhak untuk membatalkan kelulusan tersebut dengan serta merta dan kanak-kanak tersebut hendaklah didaftarkan semula ke sekolah biasa dengan segera.
5.         TARIKH KUATKUASA
5.1        Kertas “Kriteria Pengecualian Daripada Mengikuti Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah” telah diluluskan oleh YB Menteri Pendidikan pada 28 Jun 2003 dan tugas memproses permohonan pengecualian telah dilaksanakan mulai daripada tarikh tersebut.

BANTUAN :-

a.     Buku Teks
b.    KWAPM
c.     Rancangan Makanan Tambahan
d.    Skim Baucer Tuisyen
e.     Lain-lain Bantuan
-                       Biasiswa Kecil
-                       Pakaian Seragam Sekolah

Prasekolah


Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak dengan asas sosialisasi yang kukuh sebelum mendapat pendidikan formal. Kurikulum prasekolah Kebangsaan (KPK) membolehkan kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas memperoleh asas yang kukuh dalam komunikasi, sosial dan kemahiran-kemahiran lain sebagai persediaan ke sekolah rendah. Ini bersesuaian dengan hasrat falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memberi asas kepada pembangunan dan perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Bagi meningkatkan akses pendidikan prasekolah kepada semua kanak-kanak tidak mengira kaum dan agama terutamanya di kawasan luar bandar, KPM telah memperluaskan program prasekolah ke sekolah kebangsaan Cina dan Tamil secara berperingkat dengan pertambahan kelas dan guru yang terlatih untuk mengajar di kelas-kelas tersebut, selain menyediakan kelas prasekolah untuk kanak-kanak berkeperluan khas pendengaran dan penglihatan.

Dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah, KPM telah menyediakan garis panduan yang membenarkan fleksibiliti pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan penggunaan bahasa pengantar.

Kementerian juga telah menggubal Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dalam tahun 2003. Dengan adanya kurikulum ini, semua kelas prasekolah sama ada anjuran KPM, agensi kerajaan seperti kemas, Jabatan Perpaduan Negara dan juga kelas-kelas anjuran pihak swasta digalak untuk menggunakan kurikulum ini.

Disamping Kurikulum Kebangsaan, Kementerian juga membekalkan buku Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Prasekolah kepada guru-guru prasekolah.

Garis Panduan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menekankan sembilan bidang pengalaman yang dijadikan asas perkembangan kanak-kanak, antaranya termasuklah pendidikan ketatanegaraan, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan kerohanian, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Perkembangan Fizikal Murid. Pada peringkat ini, guru-guru menggunakan pelbagai pendekatan terutamanya bermain sambil belajar disamping pendekatan bersepadu dan bertema.

Secara keseluruhannya, fokus pendidikan prasekolah adalah meliputi proses sosialisasi, perkembangan sahsiah dan persediaan ke sekolah rendah. Melalui kurikulum Prasekolah Kebangsaan, perkembangan murid akan dicapai melalui enam komponen pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu. Komponen tersebut adalah seperti berikut :-
  • Bahasa dan Komunikasi
  • Perkembangan Kognitif
  • Kerohanian dan Moral
  • Perkembangan sosioemosi
  • Perkembangan Fizikal
  • Kreativiti dan Estetika
TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2011
UPSR
Ujian Bertulis 13, 14 & 15 September 2011 (3 hari)
PMR
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011,
10 - 11 Oktober 2011 (5 hari)
SPM
Amali

Ujian Bertulis


14 November - 14 Disember 2011  (16 hari)

STPM
Ujian Lisan
Ujian Bertulis


20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
21 November 2011 - 15 Disember 2011
STAM
Ujian Lisan 11 - 14 Julai 2011 & 18 - 21 Julai 2011
Ujian Bertulis 12 - 13 Okt 2011 & 17 - 19 Okt 2011 (5 hari)

SPM (ULANGAN)
Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian(ULKCP)

Ujian Bertulis
15 - 17 Jun  2011 (2 hari)



13 - 14  Jun 2011 (2 hari)



* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:

Takwim Sekolah 2011

Kalendar Persekolahan Tahun 2011

Kumpulan A
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 02.01.2011 31.01.2011 22
Hari Persekolahan 01.02.2011 28.02.2011 20
Hari Persekolahan 01.03.2011 10.03.2011 8
Cuti Pertengahan Penggal 11.03.2011 19.03.2011 9
Hari Persekolahan 20.03.2011 31.03.2011 10
Hari Persekolahan 01.04.2011 30.04.2011 20
Hari Persekolahan 01.05.2011 26.05.2011 20
Cuti Pertengahan Tahun 27.05.2011 11.06.2011 16




II Hari Persekolahan 12.06.2011 30.06.2011 15
Hari Persekolahan 01.07.2011 31.07.2011 21
Hari Persekolahan 01.08.2011 25.08.2011 19
Cuti Pertengahan Penggal ke II 26.08.2011 03.09.2011 9
Hari Persekolahan 04.09.2011 30.09.2011 20
Hari Persekolahan 01.10.2011 31.10.2011 22
Hari Persekolahan 01.11.2011 17.11.2011 13




Cuti Akhir Tahun 18.11.2011 31.12.2011 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78

       Kumpulan A :

  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu