18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

29 Februari, 2012

Aplikasi Pangkalan Data Murid

Mulai tahun ini pihak Bahagian Pengurusan Sekolah KPM telah melaksanakan aplikasi online yang dinamakan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang mana diberi kuasa kepada guru kelas untuk mengemaskini data murid terkini. Pihak ICT Sekolah telah memberi taklimat kepada semua guru tentang pelaksanaan program ini. Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama.

Mesyuarat Q-Net PPD KK@SK Sultan Yahya Petra 2

Mesyuarat bermula pada jam 11.00 am di Bilik Wawasan dan dikendalikan PKP, En Mazlan b Che Wahab. Ucapan aluan oleh Tuan Guru Besar dan kemudiannya oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Tuan Haji Mohd Yunus b Yusoff . Satu penerangan dan perkongsian idea yang baik dari pihak PPD Kuala Krai. Diharapkan melalui perjumpaan ini, prestasi sekolah akan terus mantap menjelang UPSR September ini.

 

26 Februari, 2012

Pelancaran Program Guru Penyayang 2012

Program ini dijalankan selaras kehendak JPN Kelantan yang mahukan semua guru mengamalkan budaya penyanyang kepada semua murid dan rakan sejawat. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar, Tuan Haji Norddin b Adam.







11 Februari, 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah 2012

Bertemakan 1 Malaysia 1 Ummah, sambutan peringkat sekolah tahun ini dimulakan dengan selawat keatas junjungan besar Muhammad SAW sambil berarak di kawasan sekitar sekolah. Perarakan ini diketuai oleh Cikgu Rujmi yang mengepalai bacaan selawat. Perarakan ini turut diikuti oleh semua guru dan juga pihak PIBG yang sudi hadir memeriahkan majlis. Selepas selawat dan perarakan ini, majlis diteruskan di Dewan Cempaka dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Al Nawawi Hussin. Ceramah yang sungguh bertenaga dan menyayat hati ini tekun didengari oleh semua guru, murid dan ibu bapa. Inti patinya menyeru kepada semua agar tidak melupakan sunnah Nabi dan melaksanakan perintah Allah dimuka bumi ini.
Majlis seterusnya adalah solat hajat yang diadakan di Surau Sekolah.