18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

12 Januari, 2016

Kejohanan Bola Tampar MSSD Kuala Krai 2016 - Kejayaan sulung buat SKSYP2

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan bola tampar bawah 12 lelaki di atas penganugerahan pingat gangsa selaku pemenang tempat ketiga Kejohanan Bola Tampar MSSD 2016. Setinggi-tinggi penghargaan dilontarkan kepada barisan kepimpinan pentadbiran Guru Besar, En Abdullah b Hassan dan Penolong Kanan KoKurikulum, Pn. Aigi a/p To Wen diatas sokongan padu dan tidak berbelah bahagi dalam membangunkan sukan sekolah serta barisan jurulatih dan pengurus pasukan En. Zariman b Daud, Pn Samihah bt Mohd Noor dan tidak lupa juga admin sendiri selaku jurulatih bersama. Ini merupakan kejayaan sulung warga SKSYP2 dalam bidang KoKurikulum dan sukan dan menjadi tanda positif dalam mengharungi liku-liku tahun 2016 ini. Kami mengharapkan semoga kejayaan ini menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada murid-murid lain untuk terus berjuang mencapai lebih banyak kejayaan manis pada tahun ini.


Bergambar kenangan selepas tamat perlawanan peringkat separuh akhir di Kolej Vokasional Kuala Krai. 
Dari kiri (belakang): Sir Syahmin (admin), Ammar, Darwish, Baihaqi, Amzar, Atiq, Adam dan Cikgu Zariman. 
Kiri depan: Danish, Ikhmal, Syamir, Muqri, Farouq dan Hafizul












10 Januari, 2016

Kempen Budi Bahasa dan Program Guru Penyayang

Unit Kaunseling dengan kerjasama guru-guru dan murid-murid telah melancarkan kempen Budi Bahasa dan Program Guru Penyayang pada perhimpunan pagi hari ini 10 Januari 2016 bertempat di Dataran Kejat SKSYP2. Majlis telah dirasmikan dengan jayanya oleh tuan Guru Besar, En. Abdullah bin Hassan. Program melibatkan ucapan Kaunselor, diikuti ucapan PK HEM dan perasmian oleh Guru Besar. Antara penerapan nilai atau fokus kempen termasuklah menerapkan budaya salam, budaya sopan santun, budaya tolong-menolong dan menghargai guru dan rakan.