18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

22 Februari, 2016

Bengkel PBSM Murid Tahap 2 dan Majlis Penutup (Hari Kedua)

TERIMA KASIH!!!
Kami warga SKSYP2 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada unit PBSM atas kesudian pihak PBSM mengadakan bengkel selama 2 hari di sekolah ini.  En. Mohd Sakri@Shukri b Ahamad, PK HEM SKSYP2 mewakili seluruh warga SKSYP2 menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat daripada pasukan PBSM Kelantan dalam satu majlis penutup yang berlangsung petang tadi. Semoga segala pengetahuan dan pengalaman berbengkel dapat membantu semua murid sekolah ini menghadapi musibah seperti banjir dengan cekap dan berdisiplin jika berulang lagi serta diharapkan dapat meningkatkan kualiti kesihatan dan mencegah segala wabak penyakit yang melanda. 

Nama Program: Program Mengurangkan Risiko Bencana dan Promosi Kesihatan di Sekolah
Anjuran: Persatuan Bulan Sabit Merah Kelantan
Tempat: Dewan Cempaka, SKSYP2
Masa: 8.00 pagi - 12.45 tengah hari












21 Februari, 2016

Bengkel PBSM Murid Tahap 1 (Hari Pertama)


Nama Program: Program Mengurangkan Risiko Bencana dan Promosi Kesihatan di Sekolah
Anjuran: Persatuan Bulan Sabit Merah Kelantan
Tempat: Dewan Cempaka, SKSYP2
Masa: 8.00 pagi - 12.45 tengah hari











Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Calon UPSR 2016

Tempat: Dewan Cempaka, SKSYP2
Masa: 2.00 hingga 5.00 petang

Satu majlis permuafakatan telah diadakan di antara pihak sekolah dan ibu bapa murid calon UPSR pada tahun ini. Program ini diharapkan dapat memberikan kesedaran awal kepada murid untuk mula berusaha dengan gigih mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti. Program ini juga diharapkan dapat mencetuskan semangat dalam diri setiap murid tahun 6 untuk melipatgandakan usaha dan menguatkan kasih sayang di antara murid dan ibubapa serta murid dan guru kerana setiap kejayaan bermula dengan ilmu yang diberkati. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menganjurkan program ini termasuklah Pentadbir, Kaunselor, Yang DiPertua PIBG dan guru-guru tahun 6.

















20 Februari, 2016

Majlis Sekalung Budi Sejunjung Kasih dan Majlis Apresiasi Warga SKSYP2 - Hotel Perdana, Kota Bharu

Satu majlis makan tengah hari telah diadakan di Hotel Perdana sempena meraikan persaraan Tuan Guru Besar, En. Abdullah b Hassan serta pertukaran 3 orang guru yang telah dinaikkan pangkat baru-baru ini. Majlis telah berlangsung dengan meriahnya dan melibatkan hampir semua warga staf sekolah dan juga wakil daripada PIBG dan PPD. Warga SKSYP2 mendoakan kesejahteraan dan kesihatan berpanjangan buat mantan Guru Besar dan juga perjalanan karier yang baik untuk 3 orang guru yang berpisah atas sebab kenaikan pangkat iaitu En Nurul Fakhri b. Daud yang bertugas sebagai PTP PKG Dabong, Pn. Faridah bt Deris yang dinaikkan pangkat sebagai PK KO SK Batu Jong dan tidak lupa juga Pn. Raja Noor Asiah bt Raja Ali yang dinaikkan pangkat menjadi PK KO SK Telekong. Semoga persahabatan dan hubungan baik kita semua akan terus berpanjangan dan berkekalan. Segala jasa dan bakti yang dicurahkan oleh anda semua amat kami hargai dan didahukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Warga SKSYP2 akan sentiasa merindui pemergian anda semua...