18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

30 Jun, 2016

Dialog Prestasi Guru, Ibu Bapa dan Murid Tahun 1 - 6

Satu program dialog prestasi telah dijalankan di bawah kendalian unit Kurikulum di antara guru, ibu bapa dan semua murid tahun 1 hingga tahun 6. Program ini adalah sebagai sebahagian usaha pihak sekolah bagi meningkatkan prestasi akademik murid, terutamanya dalam peperiksaan dengan melibatkan perbincangan 3 hala antara guru, ibu bapa dan murid SKSYP[2].


Walaupun guru memainkan peranan utama mendidik anak-anak di sekolah namun begitu ibu bapa turut perlu membantu untuk memantau pembelajaran anak-anak di rumah bagi mewujudkan satu kesinambungan dalam kecemerlangan akdemik murid-murid. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan ibu bapa yang telah hadir menjayakan program ini. Semoga prestasi sekolah akan terus meningkat dan menjadi sekolah terunggul di PPD Kuala Krai. InsyaAllah...



























Kemuncak Program Ihya' Ramadhan 2016

Sebelum sekolah mula ditutup bermula esok bagi memberi laluan bersempena cuti Hari Raya Aidilfitri, panitia PAI telah mengadakan majlis kemuncak sebagai penutup kepada program Ihya' Ramadhan pada 29 Jun 2016 iaitu pada hari kelmarin. 


Majlis penutup ini disempurnakan dengan penyampaian hadiah oleh yang berusaha Tuan Guru Besar SKSYP[2], En. Zuraidi b. Shafii kepada para pemenang kuiz PAI yang dijalankan pada setiap pagi pada bulan ini. Terima kasih kepada tuan guru besar dan tahniah kepada panitia PAI dan seluruh warga Petra2...semoga kita semua mendapat barokah daripada penghayatan program di bulan 
Ramadhan ini...amin

















22 Jun, 2016

Program Ihya' Ramadhan

Pada bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini, panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama semua guru telah menganjurkan program Ihya' Ramadhan di sepanjang bulan puasa ini bagi memenuhi tuntutan agam untuk menambahkan amal ibadat dan menghidupkan hari-hari pada bulan ini dengan program-program berunsur keagamaan. Antaranya ialah tazkirah dan kuiz Ramadhan pada setiap pagi dan tadarus al-Quran pada waktu rehat.

Uztaz Al-Nawawi menyampaikan tazkirah beliau di dataran kejat. Tazkirah disampai secara bergilir-gilir antara ustaz dan ustazah mengikut jadual yang disediakan.

Murid-murid tekun mendengar tazkirah sambil menjawab soalan kuiz Rmadhan.

Semua murid berkumpul untuk bersama-sama membaca al-Quran di surau sekolah pada waktu rehat

Murid-murid kecil mendengar alunan bacaan al-Quran yang sedang dibacakan

Bacaan al-Quran diketuai oleh ustaz Al-Nawawi


20 Jun, 2016

Anugerah Keceriaan Kelas dan Kehadiran Penuh

Tahniah dan teruskan kepada semua murid SKSYP2. Yang belum dapat boleh usaha dan cuba lagi untuk penggal ke2 nanti...sama-samalah kita menyumbang kepada peningkatan KPI kehadiran dan keceriaan sekolah.

Iftar Ramadhan Perdana Petra2

Majlis berbuka puasa perdana telah dilangsungkan pada hari Isnin (20.6.2016) minggu lepas dalam suasana yang sederhana tapi meriah dengan gotong-royong untuk menyediakan juadah berbuka puasa serta penuh dengan program-program kerohanian seperti solat berjemaah, alunan zikrullah dan solat Terawih secara berjemaah di surau sekolah. Dif-dif jemputan termasuk KPPD, Tn. Hj. Anwar b. Mamat dan pegawai-pegawai PPD lain serta AJK PIBG sekolah. Murid-murid tahun 6 turut terlibat sama dalam menjayakan majlis ini. Syabas SYP2!!!

 Ketua chef, Ustazah Normaziah tak menang tangan menyediakan lauk-pauk untuk berbuka.


Guru-guru dan semua staf teramasuk pekerja swasta turut membantu menyediakan bahan-bahan untuk masakan. Kerjasam berpasukan inilah yang menyatukan seluruh warga Petra 2

Guru-guru lelaki turut membantu menyiapkan juadah. Buah nenas Cikgu Rujmi memang manis dan terbaik dari ladang tidak lupa juga tuan Guru Besar dan semua warga Petra 2 yang menyumbangkan dana untuk majlis berbuka puasa kali ini. 

PKP, En. Abdul Hamid turut memberikan pertolongan di dapur...tidak wujud unsur individu di sini semuanya bekerjasama membuat persiapan berbuka puasa.

Walaupun berbaju kemeja dan berbaju kurung tetapi tetap tidak menghalang guru-guru dari mengotorkan tangan membantu di dapur. 

Admin mohon maaf kerana tidak sempat muat naik gambar-gambar waktu berbuka. Walau bagaimana majlis tetap berjalan lancar walaupun ada sedikit kekangan dari segi masa dan tenaga.