18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

Bidang Tugas

SENARAI TUGAS GURU PASUKAN SEKOLAH DAN RUMAH SUKAN

  1. Membentuk jawatankuasa pasukan dan rumah sukan.
  2. Merancang untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam aktiviti permainan.
  3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.
  4. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
  5. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.
  6. Menganjurkan perlawanan antara ahli rumah sukan/ ahli pasukan sekolah.
  7. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
  8. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/ penjaga dan surat rawatan untuk ke pertandingan luar.
  9. Melapor dan merekod keputusan pertandingan yang disertai.
  10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk penyediaan dan pemuliharaan peralatan serta pengurusan.
  11. Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid.
  12. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi.
  13. Merancang aktiviti tahunan dengan guru dan ahli rumah sukan.
  14. Mengambil langkah untuk menilai dan mempertingkatkan prestasi pasukan sekolah dan rumah sukan.
  15. Merekod dan menyimpan prestasi ahli rumah sukan dan pasukan sekolah.
  16. Menghadiri kursus sukan dan permainan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan badan-badan lain atau persatuan yang diluluskan.
  17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua / Guru Besar dari semasa ke semasa.



TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN

  1. Datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir.
  2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang serta lampu dan kipas / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.
  3. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.
  4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.
  5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.
  6. Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital / ke rumah.
  7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama mereka yang memohon.
  8. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru.
  9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang.
  10. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.
  11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan, unit beruniform dan aktiviti lain yang dijalankan.
  12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari / minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, Perkara-perkara yang dicatat ialah:

          a) kedatangan murid, guru dan staf sokongan
          b) murid ponteng, tidak hadir atau sakit
          c) lawatan / pelawat
          d) ucapan/ pengumuman dalam perhimpunan
          e) laporan hari Isnin ditulis dalam buku khas mengenai perhimpunan

    13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu dilaporkan           terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.
    14. Perhimpunan

          a) Memastikan semua guru dan murid-murid menghadiri perhimpunan.
          b) Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan.
          c) Memastikan murid-murid telah beratur dengan kemas.


SENARAI TUGAS GURU MATA PELAJARAN

  1. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan setiap minggu.
  2. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan mata pelajaran yang berkenaan.
  3. Memahami dan mematuhi pekeliling_pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran 
  4. yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.
  5. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/ seminggu / harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.
  6. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan  memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan buku latihan murid kepada pengetua/ wakilnya pada masa yang dikehendaki.
  7. Menjalankan ujian Bulanan dan Penilaian kepada pelajar . Merekodkan soalan-soalan dan  keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.
  8. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/ bimbingan.
  9. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan  keputusan mesyuarat panitia.
  10. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan dan PPD.
  11. Memastikan keselamatan pelajar di makmal/ bengkel KH/ Bilik ERT/ Sains Pertanian serta  mengawasi penggunaan peralatan.
  12. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran  yang berkenaan sama ada yang  dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD. Menyampaikan semua maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
  13. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran  berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
  14. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran  untuk  tindakan selanjutnya.
  15. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas . Bertanggungjawab dalam menambahklan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.
  16. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
  17. Membantu menguruskan Bank Soalan.
  18. Memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran berkenaan. 
  19. Memahami dan mematuhi pekeliling –pekeliling dan arahan-arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai iaitu dari segi pengetahuan,pencapaian akademik dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan. 
  20. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang  kemaskini dan menghantarnya kepada Pengetua untuk ditandatangani pada masa yang ditetapkan iaitu setiap minggu. 
  21. Menyediakan rancang pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal /seminggu/harian dan melaksanakan pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang ditetapkan. 
  22. Menyedia dan memberi latihan yang cukup,memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin.Menyerahkan buku latihan pelajar kepada Pengetua /PKP untuk disemak pada masa yang dikehendaki. 
  23. Membina soalan ujian atau peperiksaan mengikut JPN . 
  24. Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada pelajar dari semasa ke semasa.Merekod soalan-soalan ujian dan penilaian serta markah ujian tersebut ke dalam buku rekod mengajar. 
  25. Mengesan kelemahan pelajar dan mengadakan aktiviti pemulihan . 
  26. Menjadi ahli dalam panitia mata pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia. 
  27. Memastikan buku –buku panduan yang digunakan adalah yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan /Jabatan Pendidikan /PPD. 



 TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

Bidang Tugas

  1. Menyedia takwim/Jadual peperiksaan yang seimbang dan adil serta  mengedarkannya.
  2. Menyedia senarai pembuat soalan dan memastikan mutu dan keesahan soalan.
  3. Mengurus peperiksaan dan memastikan  keselamatan soalan.
  4. Menganalisa dan  melapur keputusan  peperiksaan  dalaman  dan luaran.
  5. Memberi taklimat terperinci kepada pelajar pengedaran borang sementara.
  6. Menyedia,mengisi,menyemak  borang kemasukan dan menghantar borang peperiksaan  ke JPN.
  7. Menyedia /melengkapkan bilik-bilik  peperiksaan.
  8. Menjalankan kajian sosioekonomi  pelajar sebagai  faktor penyebab kecemerlangan.



TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
GURU KELAS

Bidang Tugas:


  1. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual kedatangan, buku rekod mengajar, kad 001, kad 002 dan buku kemasukan sekolah.
  2. Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditanda pada waktu yang pertama pada setiap hari belajar.
  3. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah.
  4. Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada memberi penjelasan dan sebab yang munasabah, guru darjah hendaklah mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan satu salinan ke pejabat sekolah.
  5. Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari buku jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK HEM terlebih dahulu.
  6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah mengikut suara ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar.
  7. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan dan mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual kedatangan dan buku yuran.
  8. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak sekolah.
  9. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada pelajar dan memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar ke sekolah lain.
  10. Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat jemputan kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.
  11. Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.
  12. Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan memberitahu pelajar.
  13. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik.
  14. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru PK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan masalah disiplin lain.
  15. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar baru dan mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan Buku Daftar Kemasukan Pelajar.
  16. Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi borang masuk peperiksaan. Mereka juga perlu memungut yuran peperiksaan dan membantu menyusun kerusi meja.
  17. Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di samping menyediakan tabung markah atau mark sheet.
  18. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya.
  19. Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan.
  20. Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan pada masa perhimpunan hari biasa.
  21. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah, maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini.Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi markah kepada guru-guru kelas untuk meringankan beban tugas guru.



SENARAI TUGAS KETUA PANITIA MATA PELAJARAN
  1. Menentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan mata pelajaran yang kemaskini.
  2. Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran tahunan, penggal dan mingguan.
  3. Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan fail panitia mata pelajaran.
  4. Memastikan salinan minit-minit mesyuarat panitia dihantar ke pihak pentadbir sekolah.
  5. Bertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata pelajaran mengikut keperluan untuk AJK jadual waktu.
  6. Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.
  7. Membantu dalam membuat pemilihan jenis-jenis buku dan bahan-bahan rujukan untuk Pusat Sumber Sekolah.
  8. Menentukan penggunaan alat antu mengajar, kaedah-kaedah pembelajaran terkini.
  9. Penyelaras menyediakan soalan-soalan peperiksaan/ujian dan pemeriksaan kertas jawapan
  10. Mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan sebelum dihantar ke bilik cetak.
  11. Menganalisis keputusan peperiksaan/ujian bulanan bagi mata pelajaran berkenaan dan menyediakan strategi-strategi tertentu untuk tindakan susulan bagi pelajar yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki.
  12. Bertanggungjawab menyediakan bank-bank soalan.
  13. Membantu dan melaksanakan program kecemerlangan akademik yang dirancang oleh pihak sekolah.
  14. Membantu dan sentiasa memberi kerjasama dalam mengadakan kursus dalaman kepada ahlinya apabila diperlukan.
  15. Bertanggungjawab menyediakan pelajar ke pertandingan-pertandingan anjuran PPD, JPN, Kementerian Pendidikan dan lain-lain.
  16. Membantu dan bekerjasama menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan akademik.Membantu menyediakan data-data/maklumat mengenai mata pelajaran yang berkenaan untuk dipamerkan di bilik gerakan.
  17. Menyimpan salinan jadual waktu persendirian guru bagi mata pelajarannya.
  18. Membantu guru kanan mata pelajaran membuat pemantauan P&P.
  19. Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi serta pencapaian pelajar bagi peperiksaan dalaman dan UPSR.
  20. Bertanggungjawab mengemaskinikan buku stok panitia dan alat-alat antu mengajar diselenggarakan dengan baik.

SENARAI TUGAS GURU PENYELARAS BESTARI/ICT (GPB/CPICT)

     1. Merancang dan mengajar matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
     2. Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak sekolah.
         2.1. Guru Penyelaras Bestari menjadi sumber penting penyalur semua maklumat dan        
                maklumbalas kepada semua perlakuan perisian yang dibekalkan.
     3. Mengurus dan menyenggara kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi
         yang dibekalkan serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul.
         3.1. Memastikan kemudahan infrastruktur teknologi yang diterima daripada
                pembekal atau kontraktor memenuhi speksifikasi seperti ditentukan oleh KPM.
         3.2. Mengurus dan memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan
                baik setiap hari termasuk peralatan rangkaian seperti pelayan, modem, router, hub dan
                sebagainya.
         3.3. Memastikan kesemua infrastruktur teknologi berada dalam keadaan baik.
         3.4. Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik
                kemudahan infrastruktur teknologi ditempatkan.
     4. Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu serta
         membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
         4.1. Memastikan semua aplikasi perisian yang dipasang berfungsi seperti yang
                diperlukan oleh pihak pengguna.
         4.2. Mengurus keperluan infrastruktur teknologi untuk kegunaan warga
                sekolah dan membantu serta membimbing mereka sewaktu
                menggunakannya dalam aktiviti-aktiviti sekolah.
         4.3. Mengurus kemudahan bahan-bahan multimedia untuk kegunaan guru
                seperti sidang video, penggunaan LCD projector, TV connector dan sebagainya.
     5. Melatih guru menggunkan kemudahan ICT secara efektif di samping
         menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
         5.1. Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan
                pengetahuan dan kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan
                sekolah dalam penggunaan system aplikasi seperti bahan pengajaran dan pembelajaran.
         5.2. Memastikan audit penggunaan kemudahan ICT dijalankan untuk
                menentukan keberkesanan penggunaan tersebut.
     6. Melatih staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping
         menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan
         pentadbiran.
         6.1. Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatka
                kemahiran mengurus sisstem komputer (hardware & software) dan aplikasi perisian.
         6.2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dan kakitangan
                sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Bestari.
         6.3. Memastikan penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart School Management
                System atau SSMS) dalam pengurusan sekolah beroperasi dengan baik.
     7. Menyelaras penilaian perisian pendidikan berdasarkan kriteria penilaian
         yang telah ditentukan oleh KPM.
         7.1. Menilai perisian Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan lain-lain perisian yang dibekalkan.
     8. Sebagai pengurus emel.
         8.1. Menguruskan akaun dan emel warga sekolah.
     9. Memastikan integriti dan keselamatan data.
         9.1. Memastikan supaya ciri-ciri polisi keselamatan (security policies) dipatuhi
                seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
         9.2. Memastikan keselamatan kemudahan infrastruktur teknologi dengan
                langkah-langkah seperti berikut:
                9.2.1. Memastikan pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang ditempatkan banyak komputer.
                9.2.2. Memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang diberi kuasa sahaja.
                9.2.3. Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.
                9.2.4. Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan berada di tempat-
                          tempat yang telah dikenal pasti.
          9.3. Memastikan keselamatan data melalui langkah-langkah berikut:
                 9.3.1. Memastikan konfigurasi system beroperasi dengan baik dan lancar.
                 9.3.2. Memastikan komputer bebas dari virus.
     10. Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) ICT sekolah dan sentiasa
           mengikuti perkembangan ICT semasa.
           10.1. Memainkan peranan sebagai pakar rujuk lepada pengguna yang
                    menghadapi masalah dengan sistem pengoperasian, perkakasan dan
                    perisian seperti Windows, SSMS, MS Office, E-mail, Internet, Printer dan lain-lain lagi.
           10.2. Mengenal pasti masalah yang timbal sama ada masalah yang berkaitan
                    perkakasan, sistem pengoperasian, sistem rangkaian atau perisian-perisian
                    seperti Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-
                    Pembelajaran dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.
           10.3. Menentukan kelancaran perjalanan sistem rangkaian secara keseluruhan
                    dan sentiasa memastikan bahawa pengguna (enduser) dapat menggunakan
                    sistem dan aplikasi secara optimum.
     11. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah bestari
           kepada pihak yang berkenaan.
           11.1. Menjalankan Configuration Management Audit mengikut jadual yang ditetapkan.
           11.2. Menjalankan pemantauan dan menyediakan laporan terhadap kecekapan
                    rangkaian, tahap penggunaan komponen Penyelesaian Bersepadu Sekolah
                    Bestari supaya membantu perancangan menaik taraf kemudahan ICT sekolah.
           11.3. Membantu menyediakan belanjawan keperluan ICT untuk sekolah.
     12. Mempertingkatkan budaya ICT di sekolah.
           12.1. Menyediakan garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan kemudahan infrastruktur
                    teknologi.
           12.2. Merancang, mengurus dan menyelaras laman web sekolah.
     13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa ke semasa.
           13.1. Memberi penerangan kepada para pelawat sama ada dalam negeri dan luar
                    negara mengenai Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari


SENARAI TUGAS PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH (GPK 1)


  1. Bertanggungjawab kepada Pengetua
  2. Merancang pembangunan sumber manusia PSS dan mengemukakannya kepada J/Kuasa Induk PSS
  3. Mengawal selia dan menyelaras perbelanjaan dan rekod kewangan/stok PSS
  4. Mewujudkan hubungan yang baik dengan Agensi luar seperti PSPN, BTP dan lain-lain supaya memperoleh pengetahuan yang terkini
  5. Mempengerusikan Mesyuarat J/Kuasa Kerja
  6. Merangka Program Lima Tahun PSS bersama AJK PSS
  7. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua
  8. Memilih dan melantik Guru-guru PSS bersama Setiausaha



SENARAI TUGAS SETIAUSAHA


  1. Membantu dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan
  2. Mentadbir, menyelaras perkhidmatan PSS
  3. Merancang skim latihan untuk guru-guru PSS, guru-guru lain, Kerani PSS dan Pengawas PSS
  4. Memilih dan melatih Pengawas PSS, Pelajar dan Pembantu PSS
  5. Menyediakan Bibliografi untuk kegunaan guru dan pelajar
  6. Merancang bersama AJK PSS segala aktiviti PSS untuk sepanjang tahun
  7. Menyediakan laporan, taklimat dan memaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan mengenai perkhidmatan PSS
  8. Menguruskan mesyuarat-mesyuarat J/Kuasa Induk dan Kerja PSS
  9. Menyediakan perancangan dalam penggunaan dan pembangunan PSS dan mengemukakannya kepada J/Kuasa Induk pentadbiran PSS
  10. Mengurus perbelanjaan dan rekod kewangan PSS
  11. Merangka dan menghasilkan Program Lima Tahun PSS bersama AJK PSS
  12. Menjadi Setiausaha J/Kuasa pentadbiran PSS
  13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/Pengetua/GPK 1
  14. Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail berkaitan PSS
  15. Memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dan dilaksanakan mengikut perancangan


GURU PERPUSTAKAAN


  1. Membantu Penyelaras dalam pengurusan dan pentadbiran PSS
  2. Mengkelas, merekod dan mengkatalog koleksi bahan perpustakaan
  3. Menjalankan kerja-kerja membaikpulih, menyemak dan menghapuskira koleksi/bahan perpustakaan
  4. Menceriakan suasana perpustakaan supaya dapat menarik minat pelajar menggunakan perpustakaan
  5. Menyediakan rancangan pembangunan fizikal, perabot dan koleksi bahan
  6. Menyediakan perancangan dan melakukan promosi aktiviti perpustakaan yang bersesuaian dengan objektif PSS
  7. Menubuhkan J/Kuasa Guru Pembantu Perpustakaan dan pengagihan bidang tugas
  8. Mengadakan orientasi bagi pelajar-pelajar baru supaya mereka tahu menggunakan PSS dengan baik dan betul
  9. Mempromosi dan mempamerkan koleksi bahan-bahan baru yang diterima untuk makluman guru dan pelajar
  10. Mengatur jadual waktu penggunaan perpustakaan mengikut keperluan di sekolah
  11. Melatih dan menyelia Kerani dan Pengawas Perpustakaan untuk membantu menguruskan perpustakaan
  12. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan
  13. Memperoleh dan menyemak Bibliografi-bibliografi, Katalog-katalog daripada penerbit-penerbit atau punca-punca tertentu untuk mengetahui jenis-jenis buku yang perlu dan dapat dibeli.
  14. Mengajar kemahiran pengendalian maklumat kepada guru-guru, dan pelajar mengikut keperluan.
  15. Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun



SENARAI TUGAS GURU PENYELARAS MEDIA

UNIT TEKNOLOGI / APD


  1. Membantu Penyelaras PSS dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan PSS
  2. Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh J/Kuasa Induk
  3. Menyedia dan menyesuaikan Jadual Waktu TVVP dan lain-lain media Teknologi
  4. Memastikan guru-guru membuat catatan pada buku rekod berkenaan
  5. Membuat penilaian terhadap program TVP dari semasa ke semasa.
  6. Menyediakan laporan-laporan mengenai penggunaan Rancangan TVP dan bahan-bahan media teknologi lain kepada J/Kuasa Induk PSS
  7. Memberi pendedahan dan latihan mengenai penggunaan Media Teknologi di PSS kepada guru-guru lain, Kerani PSS dan Pengawas
  8. Mengesyor dan menggalakkan penggunaan sumber-sumber bagi meninggikan tahap pencapaian pengajaran dan pembelajaran
  9. Mengurus dan mengelolakan usaha-usaha produksi dan duplikasi sumber-sumber perisian media teknologi di PSS
  10. Bertanggungjawab dalam penyusunan perkakas dan perisian media teknologi di PSS
  11. Membuat penilaian mengenai perkhidmatan dan penggunaan bahan teknologi di PSS
  12. Mengenalpasti dan mencadangkan kemasukan alat/ teknologi baru mengikut keperluan dan kemampuan sekolah.
  13. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengetua.



SENARAI TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT UNIT BERUNIFORM/PERSATUAN/KELAB/SUKAN DAN PERMAINAN


  1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
  2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
  3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
  4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.
  5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
  6. Memastikan perancangan aktiviti tahunan didokumentasikan, difailkan dan sesalinan diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah.
  7. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
  8. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Kelab/Persatuan/ Unit Beruniform/Kelab Sukan dan Permainan.
  9. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
  10. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.
  11. Mendaftarkan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Kelab Sukan dan Permainan kepada Pengetua atau Badan Induk.
  12. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
  13. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah/negeri dan kebangsaan dengan baik.
  14. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
  15. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
  16. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
  17. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
  18. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
  19. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
  20. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
  21. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
  22. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.